Sunday, April 18, 2010

::... Hadis RASULULLAH SAW

19 hadis Rasullullah SAW tentang wanita

  • Doa pempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki, ketika di tanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kbajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatakan baginya pahala dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu sstiap satu tegukan daripada susunya satu kebajikan.
  • Apabila semalam ibu tidak tidur danmemelihara anaknya sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerddekakan 70 hamba dengan ikhlas.
  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAh, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada ke seperti bersedekah. Hendaklah memdahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih daripada 1000 lelaki yang soleh.
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggil ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari di langit, matahri dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergualan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah RA. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatudaripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada merela, maka mereka akan menjadi pengahalang baginya daripada api neraka.